
![]() |
ORANG ramai bersesak melanggan unit-unit Amanah Saham Wawasan 2020 di Ibu Pejabat PNB di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ZULAZHAR SHEBLEE |
ORANG ramai tidak melepaskan peluang membeli unit-unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) sebaik sahaja ia dibuka untuk langganan semalam.
Di Kuala Lumpur, pelabur menunggu di Ibu Pejabat Permodalan Nasional Berhad (PNB) seawal pukul 4 pagi untuk melanggan saham tersebut walaupun kaunter hanya dibuka pukul 8 pagi.
Justeru tidak menghairankan apabila dalam tempoh tiga jam 50 minit, kesemua 980 juta unit atau 49 peratus daripada 2 bilion unit ASW 2020 yang diperuntukkan bagi langganan pelabur bukan bumiputera, telah habis dijual.
No comments:
Post a Comment