Nov 9, 2011

Toyota panggil semula 550,000 kereta peringkat global



TOKYO: Toyota Motor Corp memanggil semula 550,000 kenderaan buatannya di seluruh dunia, khususnya Amerika Syarikat (AS) susulan kemungkinan menghadapi masalah “crankshaft” pada enjin yang boleh menyebabkan kesukaran hendak memusing stereng.

www.bharian.com.my


Lebih 7,000 kes tuntutan pengguna selesai membabitkan bayaran RM13 juta

PUTRAJAYA: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjaya menyelesaikan 7,767 kes tuntutan sepanjang tahun ini sehingga Jumaat lalu, membabitkan pembayaran berjumlah RM13,395,223.

Pengerusi TTPM, Reihana Abd Razak, berkata jumlah itu adalah 86.65 peratus daripada keseluruhan 8,964 kes yang difailkan untuk tempoh sama, membabitkan nilai tuntutan berjumlah RM40,867,862.
"Perbezaan yang jauh antara nilai yang dituntut dengan nilai award yang dikeluarkan adalah disebabkan ada yang membuat tuntutan sesuka hati," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau memberi contoh pengguna yang membeli komputer dengan harga RM2,000 namun membuat tuntutan RM20,000 apabila komputer berkenaan tidak boleh digunakan.

"Kita tak akan bagi. Jumlah maksimum yang dia akan dapat adalah nilai komputer itu ataupun kita boleh meminta peniaga terbabit menggantikan komputer berkenaan dengan yang baru," katanya.

Sumber: www.bharian.com.my

Followers